IPOH: Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) amat bimbang dengan suasana yang berlaku
di atas beberapa kes yang berlaku dewasa ini berkaitan motif pembunuhan
yang menjadi berita-berita di akhbar-akhbar arus perdana dan yang terbaru
kejadian yang mencederakan Datuk Norizan Ali, Ketua Pergerakan Pemuda Umno
Bahagian Kepong yang parah di bahagian perut dan jari tangannya akibat ditikam
dan ianya dilaporkan kini kritikal.
Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pelbagai
kejadian pembunuhan yang menjadi tajuk berita seperti kejadian yang berlaku ke
atas seorang warga tua yang berumur 72 tahun di Kuantan setelah dikerat-kerat
amat menakutkan dan meresahkan orang awam.
Dan katanya ada kejadian ugutan bunuh yang
terbaru kepada pelajar Mahasiswa kampus dan keluarga mereka termasuk
kejadian kekasaran dan pukul turut berlaku.
Bercakap kepada Perakite Daily, Raja Ahmad berkata, suasana ini amat mencemaskan
dalam masa yang sama Negara kita ingin mencapai Negara maju tetapi kebimbangan
kini seolah-oleh kejadian jenayah terutama yang mengakibatkan kematian dan
fizikal bertambah dan menjadi-jadi.
Jelasnya, sudah
tentu rakyat juga merasa cemas dan merasa tidak selamat berikutan kejadian
seumpama ini berlaku di siang harinya.
"Persoalan rakyat kini kearah kenyataan
awal Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Datuk Seri
Hishamuddin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri yang mendakwa kadar jenayah
terkawal dalam usaha tranformasi yang kini dilakukan.
"Adakah semua dakwaan
tersebut berasas jika melihat kes-kes pembunuhan yang ada? Sedangkan dalam masa
yang sama indeks jenayah terus meningkat dan kes pembunuhan dan jenayah yang
ada menyumbang kepada kedudukan tersebut. Ternyata Perdana Menteri dan Menteri
Dalam Negeri gagal dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat," ujar beliau.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri berkata, pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dilihat terlalu disibukkan dengan
perkara yang bukan menjadi keutamaan bagi rakyat terutama berkaitan dengan
politik.
Raja Ahmad berkata, keutamaan Polis adalah menjaga keselamatan rakyat terutama nyawa dan
harta benda, tetapi Polis sebenarnya disibukkan dengan program intipan dan
menjaga program-program anjuran parti dalam Pakatan Rakyat (PR) terutamanya.
Sedangkan katanya sepatutnya Polis lebih cakna dengan rakyat bagi memastikan
keselamatan dan keamanan yang menjadi keutamaan tugas mereka.
"Ingin
kami tegaskan dalam memastikan peranan pihak polis, isu keselamatan
perlu diutamakan dan sebagai alternatifnya, kami bersedia menghulurkan ‘tangan’
bersama membenteras jenayah dengan melakukan kempen membenteras jenayah kearah
pendidikan kepada rakyat.
"Bagi kami juga Islam yang dijunjung oleh PAS selama
ini adalah kunci dan kekuatan yang kami ada untuk terus menyumbang kearah
kebaikan bersama dengan rakyat yang perlu kami kongsi bersama," tegasnya.
Jom like page Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
0 comments:
Post a Comment