Oleh Misbahul Munir
Saya tidak terfikir dan prejudis yang mereka semua ada kepentingan peribadi melainkan mahu melihat kepentingan rakyat dan negara diutamakan, keadilan ditegakkan, salah guna kuasa dan peyelewengan dihapuskan, amalan rasuah dan kronisme dibenteras dan sebagainyua. Inilah amalan yang mereka saksikan sendiri sepanjang perkhidmatan mereka sebagai pegawai kerajaan dalam pemerintahan UMNO BN.
Kemungkinan juga yang ada kepentingan peribadi, tetapi pecayalah, kesudahannya tak kemana pun, samada keluar PAS, lompat ke parti lain, atau akhirnya tersisih dan terpinggir dalam perjuangan. Dan ianya tidak memberi kesan kepada kekuatan perjuangan. PAS ada pengalaman seumpama ini. Yang Dipertua Agung PAS (YDP) yang pertama (Hj Ahmad Fuad) juga pengasas PAS akhirnya keluar PAS sekalipun jasanya ada dalam PAS dan tetap dihargai, YDP yang ketiga (Datuk Asri) juga meninggalkan PAS, begitulah juga yang lain-lain samada yang berjawatan tinggi, rendah atau tanpa jawatan. Sebagaimana mereka boleh datang kepada PAS tanpa disekat, mereka juga boleh meninggalkan PAS tanpa dihalang. Namun PAS tetap kukuh, utuh dan semakin kuat dalam persada politik negara dan antarabangsa.
PAS bukannya parti yang wajar disertai kalau mereka ada kepentingan tertentu, tidak ada yang hidup senang lenang dengan kekayaan yang diperolehi dengan singkat dan luar biasa bila berada dalam PAS. Tidak dinafikan ada yang kaya dalam PAS, tetapi bukan disebabkan mengambil kesempatan dan peluang. Mereka kaya kerana faktor lain samada sedia kaya sebelum masuk PAS, terlibat dengan perniagaan atau sememangnya ada tanah yang banyak sebelum ini lagi.
Mereka tidak dapat apa-apapun dalam PAS, jawatan bukannya tawaran yang PAS bagi. Jawatan dipilih oleh Mesyuarat Agung atau perlantikan yang dibuat dalam mesyuarat. Tidak ada juga yang terus dilantik memegang jawatan sebaik mereka menyertai PAS. Tawaran menjadi calon pun bukan tawaran yang PAS bagi. Nak menjadi calon PAS pun ada prosedur tertentu, bermula dengan pemilihan di peringkat akar umbi, kawasan, negeri dan akhirnya diputuskan oleh badan tertinggi parti iaitu Majlis Syura PAS. Tidak dinafikan ada kes-kes istimewa seperti Tun Saleh Abbas yang bertanding atas tiket PAS dan menjadi EXCO kerajaan negeri Trengganu suatu ketika dulu. Itu faktor lain.
Sebenarnya, merekalah yang mahu menyumbangkan tenaga, harta dan fikiran kepada PAS setelah pencen. Justeru itulah, PAS sediakan platform ceramah kepada mereka. Yang mahu memberi buah fikiran dan idea, PAS juga sediakan paltform yang terbaik kepada mereka. Begitu juga, ramai yang menyumbang harta berupa wang ringgit dan tanah kepada PAS.
Mereka sanggup turun seluruh negara menyampaikan ceramah dalam program-program anjuran PAS, imbuhan yang mereka dapat tidak juga setimpal dengan usaha yang mereka buat, setakat yang PAS mampu bagi sekadar duit minyak, tol, makan minum dan penginapan. Ada yang dapat tak balek modal pun, namun tidak juga kedengaran yang mereka mengeluh dan merungut.
Kalau mereka ada keperntingan politik dan peribadi, UMNO BNlah tempatnya mengaut kekayaan bukannya PAS. Doktrin ini sudah lama ditanam dalam PAS, sebab itu dalam musim pilihanraya, anak-anak muda yang kerjanya tampal poster, bendera dan kain rentang pun tahu dan tidak mengharap upah. Dalam PAS tidak ada upah tampal poster, kalau nak semua itu, kerja dengan UMNO BN. Mereka dapat baju dan topi yang PAS bagipun sudah cukup seronok, itupun ada yang beli sendiri topi, baju dan bendera. Yang penting semua pihak menyumbang untuk menangkan PAS.
Trend ini hendaklah dilihat positif dan mampu menyumbang kemenangan dalam PRU akan datang Insya Allah. Semua lapisan peringkat dalam masyarakat sudah ada kesedaran yang tinggi mahu melihat perubahan besar dalam politik akan datang. Jangan nafikan yang mereka ada peranan dan pengaruh, dan yang penting jangan bersangkaan buruk kepada mereka.
0 comments:
Post a Comment