Monday, July 16, 2012

Polis sekat peserta sertai Demo Anti ISA semalam


Oleh Qahar

Semalam satu himpunan kemanusiaan iaitu Himpunan Anti ISA, minggu ini sudah tiga minggu berturut-turut himpunan ini diadakan. Kali pertama dihadiri lebih kurang 50 orang, mugkin kerana ketika itu mogok lapar sudah dimulakan oleh tahanan maka himpunannya agak tergesa-gesa. Kali kedua pada minggu lepas dimana kehadirannya meningkat kepada 500 orang dan kehadirian pagi tadi meningkat lagi iaitu hampir 800 orang. Jumlah ini tidak termasuk 1000 anak muda Larut yang diketuai oleh Us. Mohd Akmal Kamarudin yang telah disekat oleh OCPD sendiri berhampiran Taman Kota Wira!!!
Perhimpunan kali ini juga turut disertai oleh pelbagai pimpinan PR, Selebriti dan juga pihak NGO. Antaranya ialah Ikon Rakyat Perak iaitu Dato Seri Nizar Jamaluddin. Ketua Pemuda PAS Pusat Us. Nasruddin Tantawi. Tim. Pesuruhjaya PAS Perak, Hj. Razman. Ketua Pemuda PAS Perak, Us Mohd Zawawi Abu Hassan. Aiman Athirah Al-Jundi, Bob Lokman, Aishah Serikandi, Leman Raja Lawak, Aiman Athirah Al-Jundi dan lain-lain pimpinan.





Memulakan ucapan, Pengerusi GMI, Tn Syed Ibrahim Syed Noh menuntut supaya kerajaan memenuhi empat tuntutan GMI iaitu segera membebaskan kesemua tahanan. “dan sekiranya kerajaan mempunyai bukti, maka tahanan terbabit hendaklah didakwa dimahkamah secara adil”. Sambung beliau. Pihak GMI juga menuntut agar kem tersebut ditutup sejajar dengan pemansuhan akta tersebut yang diumumkan oleh Najib pada bulan mac lepas. Selain itu Menteri yang bertanggungjawab iaitu Hishammuddin Tun Hussein dikehendaki menjawab dengan segera isu berkaitan ISA sepertimana janji beliau sebelum ini. Dan akhirnya menggesa supaya satu siasatan menyeluruh terhadap aduan mangsa bahawa mereka dizalimi dilakukan secara terbuka dan adil.





Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Abu Hassan menyatakan bahawa himpunan ini bertujuan untuk memberi sokongan dan berkongsi rasa simpati bersama keluarga tahanan mangsa ISA, beliau juga menggesa kepada kerajaan agar kesemua tahanan dibebaskan sejajar dengan pengumuman kerajaan untuk memansuhkan isa ini juga bertepatan dengan konsep “janji ditepati” sepertimana yang diwar-warkan.





Ucapan seterusnya disambung oleh Ketua Serikandi Keadilan, Siti Aishah Shaikh Ismail dimana dalam ucapannya menggesa agar kesemua 45 tahanan dibebas dan diberikan keadilan yang sewajarnya, “ini boleh dilakukan dengan mendakwa mereka dimahkamah dan sekiranya tiada bukti maka hendaklah dibebaskan”, Ujar beliau. Belia juga turut mendesak kerajaan melalui menterinya iaitu Dato Hishammuddin Tun Hussein agar segera member keterangan rasmi berkaitan isu ISA ini.





Bagi selebriti terkenal pula, Bob Lokman dalam nada sinis menyatakan bahawa dalam Islam, penganutnya menunggu kedatangan Nabi Isa, namun di malaysia berlainan pula keadaannya kerana ISA digunakan untuk menindas rakyat, beliau juga mengingatkan pihak polis supaya jangan bersekongkol dengan kezaliman untuk mempertahankan kerajaan kerana kerajaan yang zalim tidak akan bertahan lama.





Seorang lagi selebriti yang turut hadir, Leman Raja Lawak menyatakan bahawa rakyat tidak suka kepada penindasan dan kezaliman, oleh itu beliau menggesa agar tahanan didakwa dakwa ke mahkamah, beliau juga kesal dengan Perdana Menteri kerana berjanji untuk memansuhkan ISA tetapi sehingga sekrang tahanan masih tidak dibebaskan.





Sementara itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Us. Mohd Nasruddin Tantawi menegaskan bahawa himpunan ini adalah siri-siri penentangan rakyat dalam menentang kezaliman Umno Barisan Nasional, “perhimpunan ini bukanlah pertemuan pertama dan terakhir, perhimpunan ini adalah siri-siri keprihatinan rakyat supaya rakyat tidak menjadi kezaliman umno bn”, ujar beliau. Sehubungan itu beliau menggesa supaya mangsa dan keluarga mangsa agar sabar dan banyak mengadu kepada Allah. “kami ingin mengingatkn Umno bahawa doa org yang kena zalim tiada hijab. Pemimpin Umno boleh tidor lena sedangkan mangsa yang kena zalim ini dalam keadaan tidak mampu dan doalah senjata mereka”. Tegas beliau. Dalam ucapannya juga beliau mengingatkan sekiranya kerajaan berterusan menunjukkan kedegilannya, Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu himpunan besar-besaran bagi menentang kezaliman ISA





Mantan Menteri Besar Perak, Dato Seri Nizar Jamaluddin pul a menyarankan kepada pihak polis agar jangan cenderung kepada kezaliman kerana perbuatan tersebut ditegah oleh Islam. Beliau juga Merayu kepada kerajaan supaya 45 tahanan dibebaskan dan kembali kepada keluarga untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan dan dapat bersama-sama menunaikan Solat Eidul Fitri. Beliau juga mengingatkan bahawa kadar Jenayah di Malaysia amat tinggi, namun perkara ini telah dinafikan oleh Ketua Polis Negara dan juga Hishammuddin Tun Hussein, oleh itu beliau menggesa anggota polis jangan jadi barua kepada umno dengan menindas rakyat sedangkan jenayah semakin meningkat.

0 comments:

Advertise