Wednesday, July 11, 2012

HIMPUNAN ANTI ISA : MEREKA DIZALIMI KITA MENGASIHI








Oleh Qahar

Sebak hati ini melihatkan kesungguhannya berjuang demi ayah tercinta. Anak-anak ini berpisah dengan ayahnya ketika umurnya mencecah 2 dan 3 tahun, berpisah bukan kerana ayahnya meninggal dunia tetapi ayahnya ditahan tanpa bicara dibawah Akta Zalim ISA. sekarang anak ini sedang berjuang untuk membebaskan ayahnya yang sedang ditahan dibawah Akta Zalim ISA,
ketika anak orang lain sedang bermanja-manja dengan ayah mereka, anak kecil ini telah kehilangan saat-saat untuk bermanja dengan ayahnya.... Anak kecil ini sedang menghitung hari bilakah dia boleh bermanja-manja dengan ayahnya, 10 hari lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan


Inilah penderitaan keluarga sdr Razali, isteri dan dua orang anaknya, yang sulong bernama syifa berumur 5 tahun dan adiknya saya tak sempat bertanyakan nama, umurnya 4 tahun. sudah dua minggu berturut-turut keluarga ini berulang alik dari johor ke Taiping melepaskan rindu. sempat saya bertanyakan kepada Syifa, "rindu tak kat ayah?" "rindu" jawabnya ringkas.

Oleh itu saya menyeru kepada semua agar turun beramai-ramai menyatakan bantahan kepada keluarga tahanan dan juga bantahan kita kepada Akta Zalim ISA ini.

"MEREKA DIZALIMI KITA MENGASIHI"

0 comments:

Advertise