Tunggang motorsikal 260 km ke Himpunan Oren. Tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke "Himpunan Oren Selamatkan Felda" di sini, 14 Julai lalu. Kecekalan Salmiah Mat Jali, 61, dari Felda Ijok, Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara.
Lebih-lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri. "Dah biasa," katanya sambil menumbuk-numpuk kecil lututnya.
Beliau bertolak sewal pagi dan berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.
0 comments:
Post a Comment