Tuesday, July 31, 2012

HARI PAHLAWAN: Rasulullah Pahlawan Ulung Tertinggi Ummah

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh perjuangan-perjuangan tanahair ketika era mereka agar menjadi kenangan dan teladan bagi membina kedaulatan negara yang kita cintai ini. Jadikanlah hari ini sebagai suatu hari kepada permulaan untuk kita menginsafi diri kepada para perjuang yang ikhlas berjuang dan telah berkorban apa jua demi memastikan keharmonian sistem bernegara kita dirasai hingga ke saat ini dalam semangat kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing.

Kepada umat muslim, hari pahlawan ini juga boleh diperluaskan skopnya kepada peringatan kita kepada Baginda Rasulullah SAW iaitu Pahlawan Ulung Tertinggi Ummah Islam dari dahulu sehingga akhir zaman yang banyak dikisahkan dalam sirah Nabi selama ini. Kita sewajarnya mengambil sempena hari pahlawan ini sebagai menunjukkan rasa kekaguman kita kepada Baginda dan para sahabatnya Baginda. Sudah tentu agama Islam mendidik umatnya agar menunjukkan adap seorang muslim yang sejati hatta di dalam medan berjuang sekali pun.

Akhirnya, kami doakan agar semoga roh-roh para pahlawan negara akan ditempatkan di tempat yang tertinggi di Akhirat kelak dengan keizinan Allah SWT. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa para pahlawan negara yang telah kembali kerahmatullah. Dan kepada para pahlawan negara yang masih di medan agar mencontohi tentera-tentera yang pernah dipimpinan oleh Baginda Rasulullah SAW agar kekuatan dan iltizam mereka adalah pahlawan sejati yang dicorakkan oleh Islam yang sebenarnya.

DR RAJA AHMAD AL-HISS

Timbalan Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

0 comments:

Advertise