IPOH: Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul munir berkata, ramai lagi bekas pegawai tinggi kerajaan di negeri itu akan menyertai PAS.
Menurutnya, fenomena tersebut sedang semakin menarik khususnya di negeri Perak selepas kemasukan Bekas Pengarah Pelajaran Negeri, Dato’ Adnan Ibrahim, Bekas OCPD Slim River, Hj Abdullah Omar, Bekas pegawai tinggi TLDM, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd
Hamid, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin.
Malah katanya bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak yang pernah dilanda kontoversi ketika tragedi rampasan kuasa, Abdullah Antong Sabri sudah menzahirkan sokongan kepada PAS.
“Yang menyertai PAS bukan calang-calang orang, mereka berpendidikan tinggi dan menjawat beberapa jawatan utama dalam kerajaan,” katanya kepada Perakite
Tambahnya, beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan telah berjumpa dengan pimpinan PAS Perak bagi menyatakan sokongan kepada parti itu.
Namun katanya mereka belum lagi bersedia untuk mengisytiharkan dirinya menyertai PAS walaupun sudah lama menyatakan sokongan.
Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat itu menjelaskan, sokongan mereka kepada PAS bukannya kerana kepentingan peribadi melainkan mahu melihat kepentingan rakyat dan negara diutamakan, keadilan ditegakkan, salah guna kuasa dan peyelewengan dihapuskan, amalan rasuah dan kronisme dibenteras.
“Jika mereka benar-benar kepentingan politik dan peribadi, sudah tentu Umno dan BN menjadi pilihan mereka.
“Saya pasti mereka hanya mahu menyumbangkan tenaga serta ideanya kepada perjuangan PAS kerana mengakui perjuangan PAS berlandaskan Al-Quran dan Hadis,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Misbahul Munir menegaskan, beberapa pegawai tinggi kerajaan akan mengisytiharkan diri menyertai PAS dalam masa terdekat termasuklah di Himpunan Hijau Badar Kubra Peringkat Negeri Perak bersama Presiden PAS di Kg Bahagia, Teluk Intan 5 Ogos ini.
0 comments:
Post a Comment