IPOH: Kebangkitan rakyat di Timur Tengah dalam melakar perubahan memberi kemenangan rakyat harus menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam melakar perubahan.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian berkata, perubahan yang berlaku dalam dunia Arab hari ini boleh merebak kepada Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan rakyat hari ini.
"Rakyat khususya ahli PAS sepatutnya mengambil semangat di negera-negara Timur Tengah dalam berjuang untuk menjatuhkan regim yang zalim,” katanya kepada Perakite Daily
Namun katanya, ia berlaku jika harapan dan tuntutan rakyat agar pilihanraya diadakan secara telus dan adil dapat direalisasikan oleh kerajaan.
Ujar Abu Bakar, perubahan di Timur Tengah itu akan memberikan lonjakan positif kepada Malaysia dalam menentang sebuah kerajaan yang zalim, rasuah dan mengongkong rakyat.
"Kerajaan yang zalim, rasuah dan tidak terbuka tidak akan kekal selamanya dan ini telah dibuktikan di Timur Tengah," ujarnya lagi.
Beliau menegaskan bahawa rakyat tidak boleh lagi menerima suatu sistem yang mengongkong,menindas dan menzalimi hak rakyat seperti yang berlaku di Timur Tengah.
“Tidak mustahil, tekanan yang sama dirasai oleh rakyat Malaysia akan membawa kepada perubahan yang sama dalam pilihan raya umum akan datang,” tegas beliau.
0 comments:
Post a Comment