Sepatutnya aku tak perlu tulis benda ni. Sebabnya..sama ada Zambry terus jadi Menteri Besar lepas PRU ini atau tidak..itu bukan urusan aku. Kalau dia kena tendang pun..mampuih pi la.
Tapi aku kena juga dedahkan benda-benda ini walaupun sudah hampir pasti Zambry akan kena tendang, disebabkan dia sudah jadi liabiliti kepada Umno Perak. Aku dedahkan benda-benda ini sebab sapa saja yang jadi MB dari Umno, dia akan buat perkara yang serupa.
Seperti yang banyak kali aku tulis, Zambry jadi Menteri Besar Perak bukan kerana pilihan rakyat ataupun kerana Umno menang pilihanraya. Zambry menjadi MB melalui rampasan kuasa dan bila dia dipilih menjadi MB, dia terpaksa menjadi Pak Turut kepada orang yang melantiknya…bukan rakyat.
Minggu ini, aku akan dedahkan beberapa skandal yang melibatkan Zambry. Dalam posting ini, aku ceritakan hanya dua kes yang sama.
Di Pulau Pinang, Umno menjerit berdemo kerana dikatakan Guan Eng menjual tanah perkuburan, tapi depa diam bila Guan Eng mengeluarkan 20 juta ringgit untuk membeli tanah yang dimiliki oleh orang bukan Islam, dan kemudiannya dijadikan tanah perkuburan Islam.. Orang Umno kena tengok laporan ini.
Kemudian, orang Umno kena tengok pula gambar dibawah ini.
Dalam Daerah Larut Matang, satu lot tanah yang telah dikhaskan untuk tanah perkuburan Orang Islam seluas 1.18 hektar (3 ekar) telah dimansuhwartakan. Orang-orang Larut kena check kawasan ini sebab takut nanti, jadi macam penduduk di Redang Sawa, Tualang Sekah. Depa keluar duit untuk bersihkan tanah, tiba-tiba tanah diberikan kepada orang lain.
Pasal apa Zambry ambik balik tanah kubur ini? Bukan satu kes, tapi kat bawah ni lagi satu.
Yang ni lagi berat. Aku tak dapat nak bagi tau secara tepat kawasan ni dekat mana. Minta tolong member-member dari Pejabat Tanah tolong check kat mana kawasan ini.
Seluas 25.69 hektar (63.4 ekar) kawasan yang telah dikhaskan untuk Tanah Perkuburan Orang Islam dalam Daerah Kinta juga telah dimansuhkan baru-baru ini…dan telah diwartakan pada 5 Januari 2012.
Mintak lah kepada orang-orang Umno, cuba tengok balik kat MB hangpa ni apa yang dia dah buat. Yang aku tau, dia tengah sibuk dok menjual tanah sekarang sebab dia tau dia tak akan jadi MB lagi selepas ini. Ni baru dua lot tanah kubur.
Sejak Zambry menjadi Menteri besar pada Mac 2009, dia telah memansuhkan lebih 8,000 hektar (25,000 ekar) hutan simpan. Habih balak di Perak ni Yob dikerjakan oleh Zambry. Yang tu aku akan cerita dalam posting akan datang.
Oleh: MSK (Media Perak)
0 comments:
Post a Comment