Monday, June 4, 2012

Pemuda PAS Perak gesa ambil tindakan terhadap Kosmo


IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak hari ini menggesa Polis Di Raja Malaysia mengenakan tindakan kepada Akhbar Kosmo berkenaan isu bidaan plat WWW1.


Timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, beliau kesal kerana Polis hanya mengenakan tindakan keatas Dato' Seri Nizar Jamaluddin namun tidak memberi tindakan kepada Akhbar Kosmo.

"Akhbar Kosmo menyiarkan karikatur yang jelas mengenai plat WWW1 sebanyak 2 keluaran, namun tidak ada tindakan.

Adakah pihak Polis hanya membaca Twitter dan tidak membaca akhbar arus perdana?," ujarnya kepada Perakite Daily.

Raja Iskandar berkata, Polis perlu bersikap adil dan janganlah bersikap memilih bulu danam mengenakan sesuatu tindakan.

Menurutnya, kenyataan Nizar berbentuk umum dan padangan seorang rakyat biasa.

"Beliau tidak langsung menyebut nama Sultan Johor dan sama seperti Akhbar Kosmo.

"Namun Polis perlu adil, jika Nizar didakwa, Kosmo juga perlu didakwa," ujarnya.

1 comments:

Mmng patut polis di raja malaysia di tukar kepada POLIS RAJA DI MALAYSIA....PDRM@PRDM

Advertise