Saturday, May 19, 2012

[ TERKINI ] Video Pemimpin Umno mengamuk dan isytihar keluar parti !

 


BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar , Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.
Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan. Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.

“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, ” dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang. Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau. Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau. Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

“Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir. Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat. Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat.

5 comments:

Tahniah saudara kerana telah membuka hati untuk tukar parti,bagi saya dah lama saya keluar parti saya pun dulu pengerusi tetap dan pernah tubuh satu cawangan UMNO.
Dalam hal kekayaan memanglah sekarang Ketua Bahagian,Ketua Cawangan, AJK semua dapat perojek,AP dll.
Tentang kekayaan,saya nak minta saudara kita ni SIASAT KEKAYAAN DATO SHAARANI YANG KAYA GILA, beli Pelangi DiKota Bharu dua unit,Tahun lepas hantar mak mertua keMekah belanja untuk dua orang mencecah RM60,000,Ubahsuai rumah mertua diJalan Bayam, Kota Bharu beratus ribu dan yang banyak sekali isteri keduanya dari Kelantan tu kaya raya dan selalu membeli emas dua bulan sekali dengan jumlah belas ribu sekali beli,isterinya hanyalah house wife.
Siasat dimana dia dapat duit dan kekayaan yang melampau itu.
Harap siasat keatas wakil rakyat ini

kebenaran akan terserlah juga akhir nya...pandang dengan mata hati...tahniah

Yeoh berseru kepada SPRM Cawangan Perak, komo pergilah siasat YB. Dato Shaarani tu yang dia dan isteri keduanya sangat mewah dalam kehidupan harian,kalau nak tahu satu unit Kondo diPelangi Kondo diKota Bharu,Kelantan lebih dari RM200,000 setiap satu dan dia beli dua unit dan tahun lepas dia menghantar kaum keluarga sebelah isteri mudanya keMekah dengan pembelanjaan Lebih dari RM60,000.
Dimana dia mendapatkan duit yang sebanyak itu.?
Dia juga telah mengubah suai rumah mertuanya diJln Bayam,Kota Bharu Kelantan berjumlah lebih dari RM 100,000.00, rumah itu terletak 300 meter saja dari Bgn Persekutuan Dan dibelakang Hotel Mofaz.
Perkara ini timbul bukan kerana dengki tapi setelah mendengar namanya disebut oleh sahabat baru kita yang lompat parti dari UMNO itu.
Satu lagi perbelanjaan yang semua kaum kerabat sebelah isteri mudanya yang keturunan Arab Yamani itu membeli barang2 emas untuk dikumpulkan, sekali beli setiap dua bulan berjumlah belasan ribu ringgit, dimana dia dapat duit yang senang untuk dibelanjakan sedangkan isterinya tak bekerja dan berapa sangat gaji YB atau exco?
Harap yop tolaklah orang semacam ini dipilahanraya yang akan datang·

mskipun brtitik tolak drp sbb xdpt projek.. tp skurang2nya zamhuri mngmbil tindakan berani & drastik utk mnyedarkn ahli2 umno akar umbi yg masih kecut utk mmbuat tindakan sama.. smg ahli2 umno perak & di seluruh malaysia sedar dgn mesej yg jelas ni & hrpnya agr zamhuri x kn buat u-turn bila kena ugut & dibomoh oleh puak2 yg brtuhankn umno bn ni.. smg Allah s.w.t memelihara kebenaran yg dah dibuktikn ni. takbir!

memang patut pun kau keluar pati,sebab kau pun penipu.jadi umno pun tak takut kau tak ada,kau pun ada tipu satu dato dari klang kau ambil duit dia kau pakai lepas itu kau tak beri dia kawasan tu.siapa tipu siap ni.bodoh betul kau ni

Advertise