Monday, May 28, 2012

Pemberian Tanah: Jangan libatkan politik


IPOH: Pakatan Rakyat Perak menggesa pengurusan 800 hektar tanah yang diperutukkan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Perak tidak diuruskan secara profesional tanpa pengaruh politik.

Pengerusinya, Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin mendakwa, penglibatan Yayasan Perak membabitkan individu yang memiliki kaitan dengan politik dilihat menjadi punca utama tanah berkenaan tidak dapat diuruskan dengan baik.

Menurutnya, peruntukan kepada sekolah-sekolah berkenaan juga tidak disalurkan secara terus tetapi perlu melalui Yayasan Perak.

“Yayasan Perak ini dikatakan ada memiliki kepentingan tersendiri disitu dan difahamkan ia diletakkan dibawah pengurusan individu-individu yang ada kaitan dengan parti politik,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, baru-baru ini.

Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran; Adun Tronoh V Sivakumar; Adun Teja Chang Lih Kang dan Adun Sungkai, A Sivanesan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menjelaskan, BN cuba meniru langkah yang diambil oleh Pakatan Rakyat ketika memerintah selama 11 bulan dahulu.
“Pemberian tersebut ialah idea Pakatan Rakyat dibawah potfolio Exco Kanan ketika itu, Dato’ Ngeh Koo Ham.

“Kita juga memperuntukkan kepada Sembilan Sekola Persendirian Cina (Suwa) serta 26 Sekolah Agama Rakyat (SAR) masing-masing dengan tanah seluas 400 hektar.

Kita juga dalam proses mengenalpasti tanah-tanah adat bagi masyarakat Orang Asal namun cadangan ini tidak sempat direalisasikan kerlakunya tragedi rampasan kuasa,” jelas Mantan Menteri Besar itu.

0 comments:

Advertise