Ceramah malam tadi di Ulu Sepetang, penuh sesak dengan kehadiran orang ramai yang datang untuk menyaksikan sendiri satu sejarah tanah air yang akan berlaku diatas pentas PAS.
Saya menjangkakan orang akan berpusu-pusu kesana, maka saya dan tiga rakan yang lain mula bertolak dari Ipoh pada jam 6.00 petang lagi bagi mengelakkan kesesakan.
Padang bola yang agak luas di mana ceramah itu diadakan tidak mampu menampung kehadiran orang ramai. Mereka ada yang terpaksa berlonggok di luar padang sahaja kerana padang dah sendat !
Mereka semua mahu menyaksikan dengan mata kepala sendiri mengenai bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato Fauzi Shaari menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang .
Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Hj Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Perak, Ust Abu Bakar Husein, Ketua PKR Perak, Dr Mohd Nur Manuty serta lain-lain pemimpin PAS negeri.
Uztaz Ikmal selaku pengerusi majlis telah mengesahkan mengenai kehadiran beberapa orang dari kalangan Umno tempatan yang beliau kenali.
Ada juga yang memberitahu saya, mengenai kelibat Hasbullah Elias, adik Kazim ala Kazam juga ada di situ bersama di antara 10,000 lebih para hadirin.
Ingatkan dia ni nak gi jerkah macam DS Nizar buat hari tu, rupa-rupanya dia ni penakut. Dia mencicit keluar dari tempat ceramah itu apabila dia merasakan kehadirannya disedari oleh beberapa orang PAS di situ. Mereka yang ada kamera tidak sempat mengambil gambarnya untuk dijadikan kenang-kenangan....
Walau apa pun, kita berharap, mereka datang dengan niat yang baik dan apabila balik kerumah akan muhasabah diri mengenai penglibatan mereka bersama Umno selama ini.
Penampilan Dato Presiden dan Timbalannya seolah-olah dibayangi oleh kehadiran Dato Fauzi yang sekadar mahu mengesahkan penyertaannya ke dalam PAS, dan memperkenalkan dirinya kepada orang ramai.
Tatkala menjelaskan hierarki organisasi polis, beliau menyifatkan kedudukannya sebagai orang nombor tiga adalah ’kecil’.
"Yang besar ialah Timbalan KPN, yang besar, KPN, yang besar lagi, Perdana Menteri; yang besar lagi? ” Di sini beliau berhenti untuk menunggu jawapan para hadirin.Mungkin beliau mengharapakan orang ramai akan memberi respon spontan dengan berkata "Allah!”
Tetapi tanpa diduga, ada yang memecahkan kesunyian ketika itu dengan melaungkan nama 'Rosmah!’
Odiens pakat gelak kerana berasa lucu dengan reaksi tersebut. Saya perhatikan, Dato Fauzi sendiri terpaku hampir 10 saat kerana menahan dirinya dari ikut ketawa. Maklumlah, orang baru saja bersara – etika kepolisiannya masih tebal dan terbawa-bawa, perlu jaga disiplin depan orang ramai, betulkan Dato?
Beliau kemudiannya dengan sinis berkata, "Siapa saja yang besar!" (Memanglah dia itu besar dengan statistik 40"-40"-40"!) Nampak terserlah sikit sense of humour Dato Fauzi. Syabas Dato!
Agaknya, sampai di rumah malam tadi, tentu Dato Fauzi terguling-guling atas lantai melepaskan rasa nak ketawanya yang terpaksa di pendam!
Semua kita gembira malam tadi. Lihatlah gambar diatas ini menceritakan segalanya. Mereka yang berniaga berasa gembira juga kerana barang dagangan habis laku. Orang-orang Pakatan Rakyat gembira diatas penyertaan Dato Fauzi ke dalam PAS. Hanya orang-orang Umno sahaja yang berdukacita dan nestapa.
Saya menyeru orang-orang Umno supaya menuruti jejak langkah Dato Fauzi yang bijak itu.Marilah bersama dengan orang-orang yang bijak dan tinggalkan Umno untuk menaikan semula mertabat negara Malaysia ini.
dipetik daripada: Alhusseyn..
0 comments:
Post a Comment