IPOH - Pengurus Pasukan Perak telah mengadakan sidang media di pejabat PAFA mengenai status pemain import PERAK sebentar tadi . Status pemain Import PERAK sudah terjawab dan pintu perpindahan pemain Import akan ditutup pada 17 April ini bagi meneruskan kembali jadual perlawanan Liga Super seperti biasa .
Sudah disahkan Albert Dominique Ebossé Bodjongo Dika dari Cameroon yang juga bekas pemain Coton Sport ( DIV 1 ) bakal mewarnai kebanyakkan perlawanan pusingan kedua selepas ini bagi menggantikan Lazar Popovic yang beraksi hambar sejak dari awal musim .
Albert Dominique Ebossé Bodjongo Dika sedang menunggu ITC dari FiFA dan dijangka mula menyarung jersi PERAK pada 17hb pada hari selasa ketika perlawanan di Stadium Perak menentang Sabah .
0 comments:
Post a Comment