Wednesday, April 11, 2012

Perak akan jatuh ke Liga Perdana?

Skuad Seladang dibaham lagi! Kali ini menjadi mangsa Lion XII semalam.

Jika permainan Perak terus longlai maka tidak hairanlah pasukan kesayangan kita ini terperosok di bawah carta liga super dan berisiko jatuh ke liga perdana.

Entah berapa kali 'post-moterm' sudah dibuat, namun permainan skuad Kejor Yob Kejor ini terus longlai.

Penyerang Import Perak, Lazar Popovic ternyata tidak berkualiti dan ianya hanya memberi kerugian kepada pasukan.

Dikatakan kontrak tamat 1 April lalu, namum masih kelihatan bermain dalam 2 perlawanan terakhir? adakah kontrak disambung? kenapa tidak mencari pemain import baru?

Rakyat Perak risau situasi skuad Seladang ketika ini. Pengurusan PAFA perlu berperanan. Jangan hanya nak glamour sahaja.


laporan berita semalam..

sumber: Seladang.net

Perak bertandang ke Jalan Besar dengan satu misi, untuk membuktikan bahawa mereka mampu bangkit untuk menangkis segala kritikan yang dihamburkan sejak dua menjak ini. Segalanya seolah-olah menjadi pada awalnya, dengan anak-anak buah Haji Norizan Bakar bijak mengatur peluang-peluang demi peluang tetapi dinafikan oleh barisan pertahanan Lions XII dengan berkesan sekali.

Sehinggalah di minit ke 43, sekali lagi Syazwan Roslan menjadi punca apabila terjahan kerasnya dalam kotak penalti dikesan oleh pengadil perlawanan untuk menghadiah sepakan penalti kepada Tuan Rumah yang disudahkan dengan tenang oleh Khairul Nizam untuk Lions XII di depan 1-0.

Babak kedua, Perak dilihat cuba mendominasi permainan seperti yang dilakukan dibabak pertama tadi namun ianya kelihatan agak seimbang dengan kedua-dua saling membalas serangan.

Pada minit ke 50, Akmal Rizal dan Popovic berjaya mencipta gerakan satu dua menarik memperdaya pertahanan lawan, dan memaksa mereka melakukan kesilapan dalam kotak penalti yang dikesan pengadil dan menghadiah sepakan penalti buat Perak.

Michal Kubala yang mengambil sepakan itu dilihat tenang menyudahkannya biarpun sepakan pertamanya berjaya ditepis keluar penjaga gawang lawan. Selepas itu, kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan dengan Perak melakukan beberapa pertukaran dengan memasukkan Fazrul Hazli Khadri dan Nazri Kamal untuk menajamkan barisan serangan.

Sesuatu yang agak luar biasa berlaku di Jalan Besar semalam apabila Khairul Amri dikeluarkan untuk Mohd Nasril Nourdin. Ini kerana jarang-jarang sekali kita menyaksikan penjaga gol dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan. Faktor yang menyebabkan beliau dikeluarkan adalah mungkin disebabkan beliau sudah hilang fokus dan sering melakukan kesilapan-kesilapam mudah pada separuh masa kedua.

Kemasukan Mohd Nasril Nourdin dilihat berjaya mengembalikan moral dan keyakinan pasukan selepas itu. Sehinggalah di minit akhir permainan apabila Lions XII berjaya mencuri peluang mencipta jaringan hasil kesilapan K Nanthakumar yang sepatutnya mengeluarkan bola hantaran jauh itu. Gol kemenangan Lions XII itu dijaringkan oleh Irwan Syah yang menolak mudah menewaskan dua pemain Perak termasuklah penjaga gol.

Secara keseluruhannya, Perak bermain dengan baik berbanding perlawanan seterusnya. Hantaran yang tepat dan tidak lagi bermain ‘long ball’ yang merugikan. Namun begitu, dalam bolasepak cara permainan yang baik akan dilupakan sekiranya pasukan itu gagal untuk mencipta kemenangan. Sekali lagi, kredibiliti barisan serangan Perak menjadi persoalan. Agak mengecewakan apabila barisan serangan Perak sekali lagi gagal memecah kebuntuan.

Memang benar Perak cuba bangkit dengan corak permainan yang ‘luar biasa’, tetapi, masalah utama pasukan Perak belum selesai. Sampai bilakah ini semua akan berakhir?

3 comments:

Jurulatih perlu mengenalpasti kelemahan,baru fikir pasal strategi..passing bola pn x lepas mcm mana nk ikut strategi..??kawalan bola perlu diperbaiki lagi..cuba imbas kembali kepada Shamsul Saad,tenang cara kawalan bolanya..

sokong dengan Sams... jurulatih berperanan besar.. seorang jurulatih perpengalaman, macam mana boleh ambil pemain import mcm popovic tu??

Presiden dan Pengurus #PAFA ni patut kena tukar.. Drp dulu asyik cakap nak bg peluang kat cikgu Jan Lambong utk meningkatkan prestasi Perak. Tetapi sebaliknya. Perak Fa semakin merundum jatuh. Striker yang mandul mcm Popovic yang tidak dapat memberi impact kepada pasukan masih lagi diberi kepercayaan utk bermain. Apa yang cuba Perak Fa buktikan dgn Popovic ini????? Bolasepak bukannya one man show (jangan nak harapkan sangat player Import). Jadi perlu kerja berpasukan utk meningkatkan rangking perak dalam liga super...

Advertise