Monday, April 16, 2012

[ Preview ] Perak vs Sabah .

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6TIErX6JdkszgDttZgK4j0VhiKNFxDMLuqnD9qUL1l-pBnofje4L-4Bid-RSziu8JQFfBBzcPbWpwJIgHDzLQw7miWhGeCxLFQgJQb5oLsF-9DKQu5cyegVn-8jmjQA7QsJS_niWrsPc/s1600/arulakmal.jpg

Selepas berjaya melenyapkan kesukaran mengutip 3 mata di Kota Kinabalu Sabtu lalu, Perak bakal menjadi Tuan Rumah kepada Sabah yang terluka di laman sendiri tempohari. 
Persoalan siapa pengganti Lazar Popovic sudah terjawab apabila PAFA mengumumkan anak muda dari Cameroon berusia 21 Tahun Albert Dominique Ebossé Bodjongo Dika sebagai pengganti.


Beliau dijangka bakal diturunkan untuk bertemu Sabah sekiranya mendapat ITC dalam masa terdekat ini. Sudah semestinya para penyokong Perak menantikan sentuhan pertama pemain dari Cameroon ini nanti. Tiada apa yang diharapkan melainkan untuk memulihkan jentera serangan yang agak tumpul sejak kebelakangan ini. Jika musim lalu, Perak berjaya diikat Sabah di Ipoh dengan jaringan 1-1 apabila mereka memperoleh gol penyamaan di masa tambahan 3 minit hasil jaringan Mohd Rozaimi Abd Rahman, kini Perak tidak rela perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.


Setakat ini, Sabah masih gagal menjelmakan 3 mata di laman lawan selepas 6 perlawanan. Bagi Perak, mereka harus berhati-hati kerana Sabah berjaya mengikat lawan dengan keputusan seri 4 perlawanan daripada 6 perlawanan di laman lawan setakat ini. Sebaliknya Perak pula berjaya memenangi 4 perlawanan di Ipoh daripada 6 perlawanan yang mana mereka hanya kalah kepada Lions XII dan Kelantan setakat ini. 3 mata bukanlah mustahil kerana Perak kini masih dalam ‘mood’ kemenangan hasil kejayaan menumbangkan Sabah di Kota Kinabalu tempohari.


Perak vs Sabah (Preview)
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

BARISAN KEMUNGKINAN
Mohd Nasril Nourdin(PG)
K. Nantha Kumar
Mohd Shahrom Kalam
Mohd Hisyamuddin
Mohd Norhazrul Mustapha
Shahrulnizam Mustafa (KP)
Michal Kubala
Fahrul Razi Kamaruddin
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Mohd Failee Ghazali
Akmal Rizal Rakhli

sumber : Seladang.net

0 comments:

Advertise