Thursday, April 19, 2012

Kubala selamatkan Perak dari diaibkan di Ipoh .

Pemain import , Michal Kubala menyelamatkan skuad Seladang daripada mendapat malu apabila jaringannya membolehkan Perak mencatat keputusan seri 2 - 2 dengan Sabah di Ipoh malam semalam . Sepakan bebas yang dilakukan oleh Kubala telah melencung ke penjuru kiri pintu gol Sabah dan gagal ditepis oleh penjaga gol , Syed Azney Syed Hussin pada minit ke - 93 membolehkan Perak berkongsi mata dengan skuad Di Bawah Bayu itu .
Sebelum itu, Sabah berjaya mendahului Perak 2-1 melalui dua jaringan Zainizam Marjan pada minit ke - 45 dan 60 . Perak mendapat gol pertama melalui sepakan bebas yang disempurnakan oleh Kubala pada minit ke - 33 .

Namun begitu , Sabah menyamakan kedudukan hasil kesilapan penjaga gol Md Nasril Nourdin yang menendang bola terus kepada penyerang berpengalaman, Zainizam pada minit ke - 45 . Zainizam menggunakan peluang keemasan itu dengan menolak masuk bola ke penjuru kanan Nasril dan sekaligus memperdayakan bekas penjaga gol kebangsaan tersebut .
Pemain import dari Cameroon , Albert Dominique Ebossé Bodjongo yang pertama kali diturunkan mempamerkan persembahan yang sederhana . Bodjonggo turut berpeluang menjaringkan gol tetapi cubaannya tersasar dan perlu memperbaiki kelemahan tersebut segera .
Namun begitu , pemain - pemain Perak yang lain perlu melorongkan bola kepada Bodjongo bagi membolehkannya menjaringkan gol . Pasukan pelawat kembali ke depan apabila pertahanan Perak, K.Nanthakumar gagal menanduk bola yang ditendang oleh pemain tengah Sabah , K . Thanaraj . Zainizam yang berada bersama - sama Nanthakumar terus menerkam dan menolak masuk gol kedua Sabah ke dalam jaring pada minit ke-60 .
Jurulatih , Norizan Bakar telah menggunakan Akmal Rizal Ahmad Rakhli , Kubala dan Shahrulnizam Mustafa bagi menggerakkan serangan. Walau bagaimanapun strategi Norizan kurang menyerlah kerana Bodjongo gagal mempamerkan persembahan yang mantap . Para pemain telah menekan Sabah pada sepuluh minit terakhir dan berjaya mendapat gol penyamaan melalui Kubala pada minit ke - 93 .
Sumber : pafanews.com

0 comments:

Advertise