Thursday, April 26, 2012

JUHAM Dewan Pemuda PAS Pusat buat pemantauan di Bersih 3.0 .



Sempena himpunan Duduk Bantah BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini , 100 peguam Jabatan Undang - undang Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat akan membuat pemantauan .

Menurut Pengarahnya Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata peguam tersebut akan berada di tiga tempat termasuk tempat berlangsungnya himpunan , balai polis dan bilik gerakan utama yang akan diwujudkan mereka .

Bilik gerakan itu dinamakan Bilik Gerakan Juham BERSIH 3.0 .

" Para peguam Juham akan memakai pakai hitam putih serta tag nama yang tertulis Peguam PAS , " katanya .

Sementara itu , sekiranya berlaku penangkapan atau mengahadapi sebarang halangan , orang ramai boleh menghubungi pihak Juham di talian Hotline 010 - 2906770 , 010 - 2907174 dan 010 - 2907332 .

Bagaimanapun katanya , talian tersebut hanya akan diaktifkan dua hari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 berlangsung .

0 comments:

Advertise