Thursday, April 26, 2012

BN tidak mampu pertahan kerajaan ‘haram’


BN tidak mampu pertahan kerajaan ‘haram’

Oleh Muhammad Faeez

IPOH: PAS Perak yakin BN tidak mampu untuk mempertahankan kerajaan yang bukan dipilih oleh rakyat

Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, rakyat Perak sebenarnya masih bersama Pakatan Rakyat biarpun ketika ini BN menguasai kerajaan negeri Perak.

“ Umno tidak mampu mempertahankan kerajaan negeri, hal ini kerana bukan rakyat yang memilih mereka untuk memimpin negeri tetapi mereka berkuasa dengan cara merampas kuasa,” katanya.

Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin berkata parti komponen BN ketika ini dalam situasi yang sangat kritikal dan hilang pengaruh kerana sebahagian besar pengundi terutama cina dan india termasuk melayu sudah hilang kepercayaan kepada mereka.


Katanya, BN ketika ini sangat cemburu dengan kesepaduan komponen Pakatan Rakyat.

“Sehingga sekarang tidak ada isu yang boleh mengganggu kerjasama Pakatan Rakyat Perak, Prinsip yang kami sepakati ialah bersatu menumbangkan kezaliman, salah guna kuasa, amalan rasuah dan kemungkaran ekonomi BN,” jelasnya.

0 comments:

Advertise