Friday, April 20, 2012

18 jam bantu mangsa banjir , Pemuda PAS Larut Prihatin .

LARUT: Banjir yang melanda beberapa buah perkampungan di sekitar mukim Ijok,Batu Kurau baru-baru ini telah mengundang keprihatinan Dewan Pemuda PAS kawasan Larut dan Pemuda PAS Cawangan Charok Salak untuk tampil menghulurkan bantuan.


Sejumlah 150 orang pemuda telah menyumbangkan tenaga dan tulang empat kerat membersihkan 70 buah rumah penduduk yang dinaiki air dan lumpur.


Kerja-kerja pembersihan memakan masa selama 18 jam bermula dari jam 8 pagi (12 April 2012) sehingga jam 2 pagi(13 April 2012) keesokannya.


Selain itu,sebanyak 1000 bungkus nasi telah diedarkan kepada mangsa–mangsa banjir.


Kejadian yang berlaku disifatkan paling buruk dalam sejarah di kawasan ini sehinggakan rumah salah seorang penduduk warga emas telah hanyut dibawa arus banjir sejauh beberapa meter dari tapak asal.


Kejadian dikatakan berpunca daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal di kawasan bukit berhampiran.Aliran deras dari bukit berkenaan menyebabkan paras air di sungai-sungai berhampiran iaitu Sungai Simpul,Sungai Lata Putih dan Sungai Tebing Tinggi melimpah.


Timbalan Ketua Pemuda PAS kawasan, Akmal Kamaruddin dalam satu kenyataannya menggesa agar kerja-kerja pembalakan di kawasan berhampiran dihentikan segera kerana ia akan mendatangkan risiko berbahaya kepada penduduk di sini setiap kali berlakunya hujan.


Mana –mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Shahir di talian 0134631815 atau Adi di talian 0195684479



Keadaan rumah yang hanyut sejauh lima meter dari tapak asal




Kerja-kerja pembersihan


Kepenatan...Berehat sebentar

0 comments:

Advertise