Tuesday, September 4, 2012

SPRM digesa siasat Yayasan Bina Upaya


Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mendesak penjelasan segera Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir terhadap ketelusan kewangan Program Infra Bina Upaya (IBU) di bawah kendalian Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) , menyedari satu kewangan yang besar telah dilaburkan berikutan peruntukan awal daripada Bajet Kerajaan Negeri Perak sebanyak RM 4 Juta telah disuntik untuk tahun ini malah difahamkan turut memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM 2 Juta bagi tujuan program tersebut.

Dengan melihat kenyataan Datuk Saarani Mohamad, Pengerusi YBUDR ketika pelancaran Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA) baru-baru ini kos pembinaan 227 buah rumah setiap satunya dengan nilai RM35,000 sebuah. Dan manakala sejumlah 285 buah rumah turut berjaya dibaikpulih dengan membabitkan kos berjumlah lebih RM 13 Juta.

Jika dibandingkan kos tersebut, sebenarnya kos baikpulih telah menelan satu belanja yang terlalu besar iaitu RM 45,614.035 sebuah. Sedangkan polisi bagi tujuan baikpulih YBUDR hanya diperuntukan RM 15,000 sebuah sahaja, persoalan timbul berapakah kos baikpulih bagi sebuah rumah sebenarnya?

Sekiranya 285 buah rumah telah dibaikpulih dengan peruntukan dari YBUDR tidak melebihi RM 15,000 setiap satu maka jumlah keseluruhannya ialah RM 4.275 Juta. Datuk Saarani menegaskan bahawa YBUDR telah memperuntukan RM 13 Juta untuk kerja baikpulih rumah ini, kesangsian kami ialah dimana ketirisan lagi RM 8.725 Juta?

Justeru kami merasakan banyak persoalan sebenarnya telah berlaku dengan program tersebut yang perlu dijelaskan dengan segera. Malah kami mencadangkan juga pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyiasat butiran tersebut kerana ianya membabitkan kewangan rakyat.

Penilaian ini berasas kerana YBUDR adalah badan berkanun kerajaan negeri yang tidak dilaporkan kewangannya kepada Ketua Audit Negara bagi menilai pengurusan kewangan yang sebenar untuk tatapan umum.


SALMAN HAJI SALEH
Koordinator,
Jawatankuasa Isu dan Strategik,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

0 comments:

Advertise