Wednesday, November 27, 2013

Selesaikan masalah warganegara tiada IC!

Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Changkat Jering) berkata, kerajaan perlu berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ramai lagi rakyat dari kalangan kaum India yang tidak memiliki kad pengenalan sedangkan mereka adalah rakyat Malaysia.

Beliau mengambil contoh satu insiden yang berlaku kepada seorang kanak-kanak berbangsa India berusia 12 tahun yang dinafikan haknya untuk menjadi warganegara Malaysia.

S Mhalacmi telah bertindak nekad meminum cecair peluntur disebabkan kekecewaannya apabila beliau diminta membuat kajian DNA oleh kerana warna kulitnya tidak sama dengan ibu beliau dalam usaha untuk mendapatkan kelulusan kad pengenalan.

"Masalah seperti ini seharusnya diatasi dengan mengambil kira semangat kesaksamaan sejajar apa yang diajar oleh Allah," jelas Nizar

4 comments:

Advertise