Untuk
mencapai matlamat tersebut beliau menggesa kepada semua ahli agar
bersiap dan memperkemaskan jentera dan organisasi disemua peringkat. Ini
bagi memastikan misi untuk menawan Putrajaya akan berhasil.
Beliau juga mengingatkan kepada ahli-ahli
supaya jangan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam,
"Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan parti, maka
ada salurannya, jangan kita menggunakan media musuh sebagai medan kita
meluahkan ketidakpuasan". tegas beliau lagi.
Dalam
ucapannya juga beliau menyarankan kepada pimpinan agar menggunakan
segala ruang yang ada disekeliling bagi memenangkan Islam. "Orang muda
dengan cara orang mudanya, orang tua dengan cara orang tuanya, bahkan
sekiranya seseorang itu hanya boleh makan sahaja pun perlu digunakan
untuk memenangkan Islam". seloroh beliau.
Program Jelajah Kembara Ilmu
bersama beliau dimulakan dengan Kuliah Dhuha di Balai Tasawur Islam,
Simpang Empat, Semanggol. kemudian Hitea di Kg Biong, sauk. Kuliah
Maghrib di Kg luat Lenggong dan Ceramah Umum bersama Ketua Pemuda PAS
Perak di Pekan Karai, Kuala Kangsar.
0 comments:
Post a Comment