Tuesday, October 2, 2012

Rakyat Lenggong bantah filem hina Nabi!

Protes Filem Hina Nabi diperkarangan Masjid An-Nur, Pekan Lawin.
Kemarahan umat Islam di Kawasan Lenggong.

Lenggong 28 Sept - Hampir 300 Umat Islam dari berbagai latarbelakang mengadakan demontrasi secara aman di Masjid An-Nur, Pekan Lawin, Kerana membantah filem yang telah mengguris perasaan umat Islam berikutan penayangan filem kontroversi Innocence of Muslims, yang diarahkan oleh Sam Bacile, kerana filem tersebut masih lagi boleh disaksikan melalui laman youtube di internet.

Himpunan aman membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan seluruh umat Islam ini diterjemahkan oleh orang ramai melalui sepanduk dan kain rentang dengan mengecam dan mengutuk tindakan barat, yang memusuhi umat Islam menerusi filem yang diterbitkan itu.


Bantahan bermula sejurus umat islam selesai solat jumaat, solat hajat dan berkumpul diperkarangan Masjid diiringi dengan berselawat keatas Nabi.
Hadir memberi ucapan dan kecaman dalam bantahan itu, Ketua Urusan Dewan Ulamak PAS kawasan, ust Hanapiah Idris,timb. Pesuruhjaya PAS Perak,  tn hj,Razman Zakaria dan timb. Ketua PAS kawasan, ust Abd Karim Mahmud.

Kesemua ucapan pimpinan PAS kawasan menjurus kepada kecaman dan kutukan terhadap agenda rejim zionis serta sekutunya dan PAS berikrar akan menentang sesiapa sahaja yang cuba untuk menghina Nabi, agama Islam dan hukum Allah.

Sebelum bersurai pada jam 2.30 petang. Tuan hj Razman mengakhiri ucapannya dengan menyeru kepada semua umat Islam agar bangkitlah bersama, mendaulat dan melaksanakan hukum-hukum Allah, supaya seluruh umat Nabi Muhammad tidak lagi dihina dan diperlakukan sewenang-wenangnya diakhir zaman ini oleh musuh-musuh Islam.










0 comments:

Advertise