Tuesday, October 2, 2012

Pemuda PAS yakin DUN Pangkor dapat ditawan!


“Malah Datuk Seri Zambry turut melaksanakan program yang jarang dapat dilihat di Pengkalan-Pengkalan Pasukan Tentera lain oleh seorang ‘orang politik’, tetapi di Pengkalan TLDM pelbagai program ‘politik’ telah dilakukan oleh Datuk Seri Zambry!
IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yakin calon daripada Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Pangkor mampu mengalahkan penyandangnya iaitu Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir.

Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar) berkata, oleh kerana berkemungkinan besar calon PR yang berlatar belakangkan bekas Anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sudah tentu mampu mendapat undi daripada separuh pengundi DUN Pangkor dimana hampir 70 peratusnya adalah Anggota TLDM di Pengkalan TLDM, Lumut.

“Dengan keyakinan tersebut akan merancakkan lagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Jika calon PR di Dun Pangkor menang, siapakah yang akan menggantikan Datuk Seri Zambry?

Mampukan Datuk Seri Zambry mendapat sokongan daripada Anggota TLDM dimana lawannya nanti adalah bekas Pegawai Tinggi TLDM?,” soal beliau ketika ditemui Perakite Daily.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia berkata, Pemuda PAS berharap rakyat memberikan sokongan kepada bekas Pegawai Tinggi TLDM yang akan dipertaruhkan jika semua Kompenan PR Perak telah bersetuju kelak.

Katanya, kekerapan Datuk Seri Zambry memasuki Pengkalan TLDM beberapa kali menunjukkan kebimbangan beliau.


“Jelas Datuk Seri Zambry cuba mempolitikkan pasukan keselamatan demi survival politiknya. Adakah TLDM juga akan memberi ruang yang adil kepada PR untuk bersama pengundi di pengkalannya?,” katanya lagi.

0 comments:

Advertise