Wednesday, September 19, 2012

PAS Perak ucap takziah kepada mangsa tembakan

Ustaz Misbahul Munir mewakili PAS Perak menghulurkan bantuan kepada bapa mangsa

PAS Perak merakamkan ucapan takziah buat keluarga kepada Al Marhum Hasnul Saad atas pemergian beliau ke rahmatullah semalam akibat ditembak mati oleh rakan sekerja beliau .


Beliau juga merupakan aktivis PAS Taiping yang banyak membantu kerja-kerja Islam di Taiping khususnya.

Sesungguhnya warga PAS Perak turut merasai kesedihan yang dirasai keluarga Al Marhum.

Selain itu PAS Perak melalui Timbalan Pesuruhjayanya Ustaz Misbahul Munir turut memberikan sedikit sumbangan kewangan untuk keluarga beliau bagi memudahkan urusan keluarga Al Marhum.

PAS Perak melihat, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar buat keluarga beliau, namun yakinlah bahawa Al Marhum yang telah meninggalkan kita akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT.


Semoga Allah SWT meletakkan rohnya bersama para anbiya, syuhada’ dan solihin.Ustaz Abu Bakar Hussian

( Pesuruhjaya PAS Perak )

0 comments:

Advertise