Tuesday, August 7, 2012

Ramadhan dekatkan PAS Bagan Datoh dengan Rakyat


Pelbagai program Ehya' Ramadhan telah dijalankan oleh PAS Bagan Datoh sepanjang Ramadhan ini. Seawal hari pertama PAS Bagan Datoh melalui kepimpinannya yang diketuai oleh YDP Kawasan, Ust Misbahul Munir b Hj Masduki telah menghidupkan Ramadhan dengan mendekati rakyat pelbagai peringkat dan lapisan.

Tanpa menghiraukan penat dan lelah, YDP Kawasan berulang alek hampir setiap hari dari Ipoh ke Bagan Datoh untuk sama-sama iftar dengan orang ramai di masjid-masjid atau surau dan juga markaz PAS. Selain itu pelbagai program diperkenalkan untuk mengajak umat Islam mengambil kesempatan meningkatkan amalan dan memuhasabah diri seperti tazkirah sebelum berbuka, tazkirah selepas tarawih, tadarrus dan tafhim al quran, kuliah subuh, kuliah dhuha, ceramah Badr al Kubra, Nuzul Quran dan sebagainya.

Rata-rata masyarakat menyambut baik usaha yang dilakukan oleh pihak PAS. Umat Islam bukan sahaja menjalani ibadah puasa sebagaimana biasa tetapi nilai ilmu, dakwah, kebajikan dan kemasyarakatan juga dapat diterapkan.

Lazimnya, sebelum berbuka diadakan majlis tahlil dan doa selamat, kali ini beberapa buah tempat selain tahlil turut juga diadakan tazkirah Ramadhan sebelum berbuka bagi tujuan memuhasabah diri, mengingatkan tanggungjawab terhadap Allah swt dan juga mengingati adanya balasan baik dan buruk terhadap apa sahaja amalan yang dikerjakan.

Selain itu, sebagaimana kelaziman tahun-tahun lepas, PAS Kawasan Bagan Datoh turut menyediakan Bubur Lambuk setiap hari. Dua periuk besar disediakan bagi menyediakan kira-kira 500 bubur lambuk setiap hari. Bubur Lambuk PAS kawasan Bagan Datoh yang dimasak dan disediakan di Markaz PAS Selekoh mendapat sambutan yang hebat dari penduduk kampung. Orang bukan Islam juga turut menikmati hidangan Bubur Lambuk. Sebelum Asar lagi bubur Lambuk sudah kehabisan. Bubur Lambuk juga turut diedarkan percuma kepada orang ramai di bazar-bazar Ramadhan yang jauh dari markaz.

Warga miskin, orang kurang upaya, ibu tunggal, warga uzur dan anak-anak yatim turut mendapat perhatian dari kepimpinan PAS Kawasan Bagan Datoh. setiap tahun mereka mendapat sumbangan berupa hamper barangan keperluan dapur dan sedikit duit raya. Manakala warga uzur akan dilawati oleh YDP Kawasan dari rumah ke rumah pada sebelah petang sebelum menghadiri mana-mana Majlis berbuka puasa.
Program Ehya' Ramadhan bertambah meriah dengan kehadiran YB Datuk Hj Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS bersama Wan Aisyah (bekas penyanyi yang telah berhijrah) dalam majlis buka Puasa dan sambutan Badr Kubra & Nuzul Quran di Markaz PAS Kawasan Bagan Datoh, Selekoh. Selain itu YB Datuk Saleh Man, Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan hadir dalam program berbuka bersama rakyat di Masjid Pt 11 Baroh dan ceramah akan diadakan di markaz PAS Baru 16.

Muslimat pula mengatur programnya yang tersendiri bagi menghidupkan Ehya' Ramadhan. Kuliah Dhuha untuk kaum Ibu diadakan setiap minggu di Masjid Rungkup Kecil dan Surau Pak Kiyai Masduki, Sg. Tiang Darat. Kuliah disampaikan sendiri oleh YDP Kawasan Bagan Datoh. Program Tadarus dan Tafhim Al Quran juga diadakan bagi tujuan menghayati al Quran secara tadabbur di markaz PAS Kawasan.
YDP Menyampaikan cenderamata dan sumbangan kepada peserta tadarrus Al Quran Muslimat

Anak-anak Yatim turut mendapat perhatian PAS Kawasan Bagan Datoh


Salah seorang penerima hamper dari PAS Kawasan Bagan Datoh
Kehadiran Aisyah dan Mahfuz menyeriakan lagi Ehya Ramadhan Bg Datoh. Ceramah sangat menyentuh perasaan terutamanya kaum ibu.

Membungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai.

Orang ramai datang sendiri ke markaz untuk ambil bubur lambuk

Bubur Lambuk disediakan secara gotong royong setiap hari

YDP sedang menyampaikan tazkirah sebelum majlis berbuka puasa di markaz kawasan

Mahfuz dan Aisyah penyeri majlis Ehya Ramadhan Bagan Datoh

YDP turut hadir dalam majlis buka puasa di Madrasah Al Ulum As Syariah, Batu 20.

YDP menyampaikan sumbangan hamper kepada mereka yang layak menerima.

Anak-anak yatim berbaris menerima sumbangan
Majlis Khatam Al Quran di Surau Kg. Tebuk Che Agus turut dihadiri oleh YDP Kawasan Bg Datoh.

Beberapa hamper siap untuk diagihkan kepada fakir miskin
YDP sedang menyampaikan tazkirah di masjid Simpang 3

Pak Khudri yang sedang keuzuran turut dilawati oleh YDP

YDP sedang menyampaikan bubur lambuk di pasar malam Bagan Datoh.
Sumbangan hamper disampaikan di Masjid Matang Kunda.

0 comments:

Advertise