Thursday, August 2, 2012

Politik Dendam Ke Atas Rafizi?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius penahanan dan pndakwaan Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) hari ini.

Bagi DPPM tangkapan ke atas Rafizi membuktikan kerajaan bersikap tidak ikhlas dan telus dalam memastikan negara ini bebas dari rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara.

Naib Ketua DPPM Dr Raja Ahmad Al Hiss menganggap tindakan ke atas Rafizi lebih dilihat sebagai tindakan politik pihak tertentu yang tersepit dan cemas dengan pelbagai pendedahan berani serta sensasi oleh beliau.

“Tindakan ini juga seperti suatu ancaman ke atas beliau ekoran kejayaan beliau mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) serta ugutan kepada pemberi-pemberi maklumat lain,

“supaya jangan memberi kerjasama kepada ‘whistle blower’ skandal pemimpin negara ini,” ujarnya.

Malah Raja Ahmad juga mempunyai siri-siri pendedahan skandal pemimpin negara yang mempunyai kepentingan terhadap projek tertentu serta terlibat dalam pelbagai penyelewengan.

0 comments:

Advertise