Tuesday, August 14, 2012

Pemuda PAS Perak diperkenan iftor di Istana

KUALA KANGSAR: Pemuda PAS Perak diperkenan sekali lagi hadir ke Majlis santapan berbuka Ramadhan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bersama Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.

Rombongan tersebut diketuai oleh Ketuanya, Ustaz Zawawi Hassan bersama 10 yang lain dibarisi oleh pimpinan Pemuda dan barisan Exco.

Turut bersama ialah Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss yang dikenali ramai oleh kerabat diraja dan hadirin khususnya daripada kawasan berdekatan Istana tersebut.

Pemuda PAS ternyata menjadi perhatian ramai apabila seragam berpakaian berbaju hijau dan bersampin berlambang PAS.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh badan- badan bukan kerajaan, sektor korporat dan warga media, jemputan khas dan pimpinan Kerajaan Negeri.

Majlis yang dihadiri hampir 100 orang tersebut bermula dengan Majlis Berbuka dan berakhir dengan minum malam selepas selesai Solat Tarawikh.



0 comments:

Advertise