IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak menggesa kerajaan negeri agar menguruskan ekonomi dan kewangan negeri secara berhemah.
Menjelang
Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Isnin ini, bendaharinya,
Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar mengharapkan kerajaan negeri mengutamakan
perancangan yang lebih praktikal merangkumi ketelusan, integriti dan
kecekapan khususnya berkaitan pengurusan wang kerajaan.
Menurutnya, Pemuda PAS tidak mahu sebarang kelulusan projek mega dan dasar yang merugikan wang rakyat.
Kata
beliau, sepanjang pemerintahan kerajaan negeri dibawah pimpinan Dato'
Seri Zambry Kadir sesi lalu, Pemuda PAS melihat terdapat perkara-perkara
yang dilakukan oleh kerajaan negeri bersifat pembaziran dan hanya
menguntungkan segelintir pihak.
Pendekatan sedemikian katanya
tidak seharusnya diulangi oleh Zambry dan berharap pemerintahan pimpinan
beliau kali ini lebih telus dan wibawa.
"Saya berharap kerajaan dapat mengemukakan satu perancangan ekonomi yang praktikal.
"Kami
tidak mahu apa-apa kelulusan yang merugikan wang kerajaan dan tidak
memberi manfaat kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada
Harakahdaily.
Beliau menjelaskan, setiap perkara yang ingin
diluluskan seharusnya mengambil kira aspek kewajaran serta keperluan
yang akan mewujudkan perolehan manfaat kepada rakyat.
"Pemuda PAS Perak tidak mahu sebarang kelulusan dan dasar yang memberi keuntungan kepada sekelompok pihak yang berkepentingan.
"PAS
sangat mengalu-alukan usaha yang akan memberikan manfaat kepada seluruh
rakyat seperti pembangunan negeri dan ekonomi rakyat," jelasnya lagi.
Fakhrulrazi
menyatakan, kerajaan negeri Perak memperoleh sumber kewangan yang
mencukupi memandangkan negeri tersebut mempunyai hasil mahsul yang
pelbagai termasuklah getah, balak, sawit dan sebagainya.
Pemuda
PAS katanya yakin pendapatan kerajaan mencukupi untuk disalurkan kepada
seluruh rakyat pelbagai lapisan melalui perancangan yang efisyen
daripada kerajaan.
"Kami yakin ekonomi rakyat akan meningkat dan
masalah kemiskinan tidak wujud lagi sekiranya pendapatan kerajaan
diuruskan secara adil dan saksama," jelasnya lagi.
OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN
11 months ago
3 comments:
canada goose, ugg,uggs,uggs canada, bottes ugg, pandora charms, moncler, louis vuitton, canada goose outlet, moncler, moncler outlet, wedding dresses, ugg pas cher, links of london, thomas sabo, moncler, karen millen, pandora jewelry, canada goose outlet, canada goose, montre pas cher, canada goose uk, coach outlet, replica watches, swarovski crystal, sac louis vuitton pas cher, louis vuitton, moncler, canada goose, moncler, doudoune canada goose, canada goose, juicy couture outlet, swarovski, moncler, pandora jewelry, moncler, hollister, ugg boots uk, louis vuitton, juicy couture outlet, marc jacobs, supra shoes, pandora charms, louis vuitton, ugg,ugg australia,ugg italia
hollister, celine handbags, louboutin, gucci, nike huarache, abercrombie and fitch, converse outlet, north face outlet, nike trainers, babyliss, vans, asics running shoes, nike roshe, valentino shoes, oakley, p90x workout, herve leger, chi flat iron, new balance, soccer shoes, ray ban, instyler, longchamp, jimmy choo shoes, vans shoes, nike air max, birkin bag, mac cosmetics, reebok shoes, hollister, ferragamo shoes, bottega veneta, lululemon, mcm handbags, wedding dresses, hollister, nike air max, insanity workout, nfl jerseys, toms shoes, soccer jerseys, ghd, converse, ralph lauren, north face outlet, beats by dre, baseball bats, timberland boots, mont blanc, lancel
polo ralph lauren outlet, louboutin pas cher, cheap oakley sunglasses, gucci outlet, oakley sunglasses, ray ban sunglasses, louboutin, tory burch outlet, longchamp outlet, uggs on sale, ugg boots, nike free, louboutin shoes, ugg boots, prada handbags, prada outlet, louis vuitton outlet, louis vuitton, ray ban sunglasses, ralph lauren pas cher, ray ban sunglasses, air jordan pas cher, oakley sunglasses, longchamp outlet, christian louboutin outlet, polo ralph lauren outlet, louboutin outlet, burberry, oakley sunglasses, nike free, louis vuitton, kate spade outlet, replica watches, tiffany and co, tiffany jewelry, longchamp pas cher, michael kors, louis vuitton outlet, nike roshe run, oakley sunglasses, louis vuitton, nike outlet, longchamp, air max, chanel handbags, nike air max, replica watches, sac longchamp, nike air max, jordan shoes
Post a Comment