Thursday, January 17, 2013

Bawani; simbol kemunculan semula mahasiswa ‘enlightened’


Oleh Muhammad Nuruddin Bashah


Pada 17 Disember 2011 kita dikejutkan dengan keberanian Mahasiswa bernama Adam Adli yang berani menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno PWTC. Keberanian mahasiswa ini berbentuk ekspresi dan artikulasi sikap dan pandangan yang tidak menerima dasar pemerintahan BN serta layanan kerajaan ini terhadap mahasiswa yang masih dianggap berhingus oleh kerajaan.

Walaupun para mahasiswa aliran UMNO melabel atindakan Adam sebagai tidak matang, tindakan beliau sebenarnya  jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak lain (ekstrimsi mamak Pulau Pinang)  seperti menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum itu.

Para pengampu yang bangkrap idea menggunakan samseng untuk mengugut Adam malah fenomena ‘Panglima Ludah’ memenuhi media sosial apabila para samseng tersebut membuat video mengugut untuk meludah muka adam.

Ramai beranggapan bahawa baru kini mahasiswa kian maju dan berani. Mahasiswa telah lama berprinsip dan beridielisme malah semasa zaman gelab mahasiswa sekitar tahun 2000 selepas kes pembongkaran Norhayati berkenaan pentarbiahan mahasiswa, mahasiswa sebolehnya ingin dikenali neutral dan watch dog yang adil.

Kemuncak tindakan Adam Adli telah menjelma suatu fenomena mahasiswa berani berekspresi sikap walaupun menerima tekanan. Malah ia mula membuka mata pembodek HEP dan pentadbiran kampus pro UMNO sehingga mereka kian malap di beberapa kampus.

Penulis secara umum boleh beranggapan bahawa menilai kebangkitan mahasiswa boleh sahaja terjadi dalam 2 bentuk yang dominan. Kebangkitan bebentuk aksi dan ekspresi serta bentuk keberanian bersuara dan beraretikulasi pandangan.

Bawani sebagai tanda aras berlakunya kebangkitan dalam bentuk keberani artikulasi pandangan.

Kemunculan Bawani yang cukup berani bertanyakan soalan dan menyatakan pendirian yang tidak selari dengan forum 'seiringkan mahasiswa dan politik'  bukan suatu yang boleh dianggap remeh. Bawani seorang mahasiswa undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga penyelaras JERIT, KS Bawani yang 'berperang mulut' dengan pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.

Sekian lamanya UUM dianggap kampus kubu UMNO. Malah sejak penulis dibangku matrikulasi, senior kampus-kampus kerap menceritakan betapa kuku besinya HEP serta pentadbiran UUM terhadap mahasiswa.

Jika di UM, mahasiswa aliran agamanya dipinggir, dibuang daripada kolej kediaman, dicap ekstrim sehingga para muslimah dan muslimin mula mengubah imej dan pakaian untuk mengikis tomahan pentadbiran kampus dan kolej yang cukup berkesan di jiwa mahasiswa amnya.

Di UUM pula segenap pemikiran dan pembacaan mahasiswa seolah-olah ingin dikawal 100%.

Pentadbiran ingin mencetak idea BN, BTN, PLKN, UMNO secara mutlak ke dalam para bakal graduan UUM.

Lihat sahaja bagaimana bacaan ikrar dibuat semasa Forum berkenaan berlangsung cukup mencerminkan betapa ghairahnya mereka menindoktrinisasi pemikiran mahasiswa sehingga memberi tafsiran yang salah terhadap anarki. Himpunan rakyat yang aman tanpa senjata malah terpimpin dengan baik dianggap anarki dan dipaksa para mahasiswa menerima definasi aanarki menurut kamus bahasa mereka sendiri.

Penulis yang menonton video forum berkenaan membayangkan betapa resahnya Bawani, bengang dan jelak apabila beliau selaku orang terpelajar, membaca, tahu isu semasa, menerima akses talian yang baik di era ICT tiba-tiba dipaksa menelan fakta-fakta yang bercanggah dengan tafsiran kognitif beliau  yang masih sihat.

Kebodohan dan kebiadaban serta kecetekan akal Sharifa  Zohra tersebut  memang terserlah apabila tidak mahu negara Malaysia disamakan dengan negara lain dalam aspek positif tetapi mengaitkan pula permasalahan rakyat dengan permasalahan haiwan binatang melata. Si mahasiswa yang menepuk tangan memalukan Bawani adalah produk keldai yang diacu melalui acuan Forum tanpa maruah berkenaan.

 Bawani dikecam kerana dikatakan bersikap biadap (hanya kerana bertanya soalan melawan arus)dan telah mencemarkan nama baik Universiti. Sebaliknya, tindakan Sharifah Zohra Jabeen yang merampas mikrofon dan memaksa Bawani untuk berhenti bercakap itu sendiri sebenarnya amat memalukan dan tidak mencerminkan keintelektualan dirinya yang cukup riak dengan status graduan sendiri.

Bawani tegas mempertahankan Himpunan Bersih telah disahkan bukan perhimpunan Haram oleh Mahkamah Tinggi malah tuntutan NGO dan Parti Pembangkang berkenaan isu pendidikan percuma bukan suatu tuntutan yang jahat.

Video yang menunjukkan sikap angkuh Pengerusi Kelab Wanita 1 Malaysia (KW1M) Sharifah Zohra terhadap seorang pelajar kini menjadi video paling hangat di Malaysia malah sehingga kini (16 Januari 2012) , lebih setengah juta iaitu 560,505 telah menonton video ini. 6,603 dari mereka menyatakan tidak suka dengan kandungannya.

Lebih bacul pemimpin BN mendakwa  forum tersebut tiada kaitan langsung dengan mereka. Pihak UUM juga mulai takut dengan kebangkitan Mahasiswa UUM dan menyatakan mereka  tiada kaitan dengan forum tersebut. Pelik! siapakah yang meluluskan dan memberi kebenaran kepada NGO tersebut untuk mengadakan forum 'seiringkan mahasiswa dan politik' di dalam kampus UUM.

Penganjur program ini sebenarnya melanjutkan usaha kerajaan selepas berusaha mendoktrin anti himpunan rakyat (ekspresi sikap secara aman) melalui soalan-soalan peperiksaan.

Mahasiswa diam, beku, hanya fokus pointer, hanya membaca buku teks dan modul kursus sahaja menjadi idaman para pentadbir kampus hari ini. Mereka langsung membenci tunasnya mahasiswa enlightened (celik) seperti Bawani dan beberapa mahasiswa lain. Jidal dengan idea mereka adalah dosa besar dan dianggap mengkhianati Universiti!

Tujuan berforum adalah untuk mengupas minda pelajar, memaksa mereka berfikir, berdialektika, mengkritik dan menerima kritikan tanpa perlu memaksa kepada sebarang konklusi yang mengikat kesihatan minda. Biar mereka berfikir selepas berforum. Itulah asas didikan intelek yang baik.

Penulis adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Gopeng

0 comments:

Advertise