Ditulis oleh : Dr Raja Ahmad
Iskandar Al-Hiss
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia
Kalau rakyat Perak berpeluang
melancong ke bandaraya automotif seperti di Toyota, Jepun atau juga di
Stuttgart dan di Dresden yang terletak di Jerman, sudah pasti boleh memberikan
gambar sebenar bandaraya tersebut.
Di Perak, tanah seluas 4,000 ekar
yang dikurniakan kepada Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) Berhad pada tahun
1996 melalui perjanjian pembangunan Lembah Bernam antara Perak dan
Selangor adalah satu projek maha mega yang boleh dibanggakan.
Kerajaan Negeri Perak sebelum ini
telah menyediakan kawasan seluas 1,620 hektar di Hulu Behrang, Tanjung Malim
untuk projek Bandar Proton yang dianggarkan menelan belanja RM10 bilion yang
akan dibina sebuah bandaraya automotif.
Dahulu hartanah di sekitar kawasan
seluas 1,620 hektar di Hulu Behrang, Tanjung Malim terdiri daripada tanah-tanah
dusun serta estet kelapa sawit yang dipunyai oleh peneroka Felda ketika itu,
Proton telah menggunakan sebanyak 486 hektar untuk kilangnya.
Bandar Proton akan menjadi kawasan
pembuatan kereta yang terbesar di negara ini, meliputi program penyelidikan dan
pembangunan (R&D), perumahan, rekreasi, institusi pendidikan dan
infrastruktur menyeluruh sebagai sebuah bandar automobil.
Proton pada penghujung tahun 2003
dijangka mengeluarkan kereta Proton pertama model terbaru di kilangnya berharga
RM 2 bilion dimana kilang barunya tersebut yang menggunakan teknologi bersepadu
dan bertaraf dunia akan dapat mengeluarkan 150,000 buah kereta setahun.
Waktu projek ini mula bertunas
kira-kira 15 tahun lalu, Proton melalui pelbagai kepakaran menjanjikan sebuah
bandar automotif ala-ala bandar automotif luar Negara, Bandar Proton bakal
menjadi sebuah bandaraya atau hub automotif pertama yang bersifat “integrated”.
Ketika itu, penawaran unit hartanah
merupakan fenomena ekonomi yang berlaku di sana, khususnya di zon pertumbuhan
baharu seperti di Bandar Proton, tetapi malangnya zon pertumbuhan ekonomi
baharu berhampiran tidak begitu rancak sebagaimana unjuran pakar ketika projek
dilancarkan.
Pembinaan kampus pintar Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersaiz ratusan hektar di kawasan strategik
Bandar Proton dijangka menjana lebih banyak kegiatan ekonomi dan inovasi
di situ di dalam usaha membangunkan Bandar tersebut
Namun dilihat pembangunan kampus UPSI juga
agak perlahan seperti tiada suntikan semangat dari Kementerian Pengajian Tinggi
dan Kerajaan Perak amnya.
Tetapi ianya masih menyimpan segala
kegagalan perancangan awal di atas nama ‘Bandar Proton’ yang boleh
dikategorikan sebagai ‘Projek Gajah Putih’ walaupun pemilik barunya, DRB Hicom
Bhd., telah menyuntik dana lebih RM1 billion.
Ini kerana jika satu pelaburan awal
sebanyak RM 10 bilion telah dilaburkan dan hanya sekitar 30 hingga 40 peratus
sahaja kejayaan projek maha mega ini, mana mungkin suntikan RM 1 bilion
tersebut boleh mengubah lanskap sebenar atas nama ‘Bandar Proton’ tersebut.
Jika diperhalusi perancangan utama
pembangunannya, beberapa faktor boleh membantu perkembangan Bandar Proton
sebenarnya dengan melihat keperluan utama atau asas bagi menghidupkan suasana
bandaraya sepertimana yang diimpikan.
Sudah tentu bagi membangunkan sebuah
bandaraya memerlukan persekitaran yang baik selain infrastruktur yang terbaik
bagi merancakkan ekonomi selain suntikan yang boleh membantu agar kemampanan
pelbagai sektor lain kelak.
Disebabkan itu, bekas Menteri Besar
Perak Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin pernah mencadangkan
pembinaan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Behrang yang meliputi
1,000 ekar dan terletak 7 kilometer daripada Lebuh Raya PLUS.
Pihak Air Asia Berhad telah
bersetuju melabur RM 2 bilion setelah dua kali perbincangan dengan mereka bagi
menyemarakkan lagi pembangunan Bandar Proton yang menjadi impian rakyat Perak
amnya dan penduduk Behrang yang sudah lama menunggu.
Kini Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir pula telah merancang ingin membawa projek LCCT tersebut ke Utara Perak dan dalam masa yang sama akan merencatkan lagi kerancakkan matlamat membina Bandar Proton yang menjadi impian.
Tindakan Datuk Seri Zambry yang
berhasrat untuk membawa cadangan projek LCCT ke Utara Perak disamping boleh
membantutkan perancangan asal menyemarakkan Bandar Proton juga dilihat untuk
tidak menampakkan idea-idea bernas Kerajaan Pakatan Rakyat dulu dalam merangka
pembangunan di Bandar Proton.
Malah jika usaha untuk menyemarakkan Bandar Proton oleh Kerajaan Persekutuan, konsep Pusat Tranformasi Bandar (UTC) adalah pelan utama yang perlu menjadi agenda untuk dimajukan dan bukannya diserahkan kepada badan korporat lainya.
Malah jika usaha untuk menyemarakkan Bandar Proton oleh Kerajaan Persekutuan, konsep Pusat Tranformasi Bandar (UTC) adalah pelan utama yang perlu menjadi agenda untuk dimajukan dan bukannya diserahkan kepada badan korporat lainya.
Adalah menjadi impian jika Bandar
Proton akan menjadi bandaraya automotif yang bukan hanya hayalan semata-mata
tetapi akan menjadi realiti dan bukan omong kosong yang menjadi janji yang
tidak ditepati dari mana-mana pentadbir kerajaan negeri sama ada Barisan
Nasional atau Pakatan Rakyat!
Sila layari blog personal Dr Raja: http://drrajaiskandar.blogspot.com/
Sila layari blog personal Dr Raja: http://drrajaiskandar.blogspot.com/
196 comments:
Post a Comment